Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PERKASA Pulau Pinang memberi amaran untuk membakar patung Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy jika beliau gagal hadir berdialog dengan NGO itu berhubung kenyataan 13 Mei.

Pengerusi PERKASA negeri Fadzil Shuib berkata, mereka merasakan Ramasamy cuba menghasut ketegangan kaum dengan menyuruh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk “membawa pergaduhan kaum 13 Mei”.

Fadzil mencabar Ramasamy hadir berdialog dengan anggota PERKASA jika beliau cukup berani.

Ketika dihubungi, beliau berkata, dengan cabarannya kepada Muhyddin itu, kelihatan seperti Ramasamy mahu mengatakan Melayu takut.

Fadzil juga berkata Ramasamy boleh membawa penyokongnya dan mereka akan menghantar surat rasmi berkaitan perkara itu esok.

Bagaimanapun, jika gagal, kata Fadzil, mereka akan membakar patung Ramasamy.

[Baca berita penuh]

ADS