Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menubuhkan pasukan petugas menyiasat sembilan kes kematian dalam tahanan yang dilaporkan berlaku di negeri itu sejak Januari.

Jawatankuasa itu akan diketuai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dan dianggotai oleh Exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo dan Dr Afif Bahardin.

Pasukan ini merupakan pasukan petugas pertama seumpamanya di negara ini dan keberkesanannya untuk menangani masalah kematian dalam tahanan setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Pasukan petugas ini akan diuruskan seperti satu jawatankuasa yang akan menyelidik kes kematian dalam tahanan, berhubung dengan ahli-ahli keluarga mangsa dan memantau serta memberi tekanan kepada pihak polis untuk bertindak ke atas orang-orang yang dikaitkan dengan kes-kes ini.

NGO Suaram yang juga dijemput menyertai pasukan ini.

[Baca berita penuh]

ADS