Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Dalam Negeri menjelaskan bahawa penangguhan penerbitan edisi antarabangsa majalah The Economist dilakukan oleh penerbit itu sendiri dan bukan atas arahan kerajaan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Hashimah Nik Jaafar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak maklum mengenai "kandungan sensitif" dalam edisi tersebut, yang menyebabkan penerbitannya ditangguh .

"Sekiranya pengumuman dikeluarkan oleh pihak The Economist saya pasti mereka melakukannya kerana tanggungjawab moral kepada pembaca Malaysia,

"Mereka mungkin berbuat demikian sebab menghormati masyarakat Malaysia.

"KDN tidak mengenakan apa jua penangguhan mohon dapatkan penjelasan dari pihak The Economist  sendiri," katanya ketika dihubungi.

Malaysiakini telah menghubungi The Economist semalam namun masih belum mendapat jawapan.

Dalam satu kiriman emel kepada pelanggan Malaysia, majalah tersebut mendedahkan bahawa edisi bertarikh 5 Julai tertangguh kerana "kandungan sensitif".

[Baca berita penuh]

ADS