Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Garis panduan 'dapur jalanan' dua minggu lagi
Diterbitkan:  Jul 10, 2014 6:57 AM
Dikemaskini: 11:15 PM

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengumumkan garis panduan bagi dapur jalanan bergerak, yang mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan, dalam masa dua minggu lagi.

    

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata garis panduan itu tidak melibatkan aktiviti dapur jalanan di premis tertentu seperti rumah ibadat dan kedai.

    

Katanya garis panduan itu bertujuan memastikan dapur jalanan bergerak yang menggunakan lori, van dan kenderaan lain memastikan aspek kebersihan diutamakan dalam aktiviti mereka.

    

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif Sukan Malaysia Ke-17 dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama persatuan-persatuan sukan Wilayah Persekutuan di ibunegara semalam.

    

Beliau mengulas mengenai peraturan dapur jalanan yang tidak dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang.

"Kementerian mungkin mencadangkan tempat bagi aktviti dapur jalanan bergerak seperti di dewan-dewan yang terdapat Projek Perumahan Rakyat (PPR).

    

"Kita mungkin mencarikan tempat untuk mereka mengagihkan (makanan percuma). Kita tidak mahu (Kuala Lumpur) kelihatan seperti bandar raya pengemis," katanya.

    

Minggu lepas, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dapur jalanan tidak lagi dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini berkuat kuasa serta-merta.

    

Namun, semalam Tengku Adnan mengumumkan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidil Fitri.

    

- Bernama

ADS