Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peguam yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka akan memohon untuk membatalkan saman yang difailkan oleh balu dan anak-anak P Balasubramaniam.

Defendan lain ialah dua adik-beradik Najib, Johari dan Nazim, peguam kanan Cecil Abraham, anaknya serta rakan peguam Sunil, dan pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, dan seorang peguam M Arunampalam. Mereka juga dijangka memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut.

Zainal telah menandatangani sebagai saksi dalam akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam manakala peguam Arunampalam berada bersama penyiasat persendirian itu dalam sidang akhbar untuk menarik balik SD pertama.

Peniaga karpet, Deepak Jaikishian turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu tetapi belum lagi diserahkan writ saman. Dia didakwa menjadi penghubung antara Najib dan Rosmah kepada Balasubramaniam.

Mahkamah menetapkan 6 Ogos untuk pengurusan kes bagi defendan untuk memfailkan permohonan pembatalan tersebut.

 

Perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes hari ini di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Norfauzani Mohd Nordin. Balu Bala, A  Santamil Selvi, dan tiga anaknya diwakili oleh peguam Americk Sidhu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka telah memfailkan saman itu, untuk menuntut lebih RM1 juta, sebagai gantirugi dan kehilangan pendapatan kerana Bala dan keluarganya terpaksa hidup dalam buangan di India, ekoran penarikan balik akuan berkanun oleh penyiasat persendirian itu.

[Baca berita penuh]

ADS