Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: M'sia tak perlu dikaitkan dengan neo-Nazi
Diterbitkan:  Jul 10, 2014 12:10 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

MCA mengakui reputasi Malaysia terjejas dengan tindakan anggota parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin memuji Adolf Hitler selepas kemenangan besar Jerman terhadap Brazil dalam Piala Dunia.

Pengerusi Biro Keharmonian MCA Ti Lian Ker ( kanan ) mengakui reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa menjadi taruhan dan tidak perlu dikaitkan dengan fahaman neo-Nazisme.

“Cukup buruk akhirnya Malaysia terkenal dengan tindakan seorang rakyatnya yang dilaporkan menjadi militan dengan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL).

“Kita juga tidak perlu dikenali sebagai negara yang menyokong neo-Nazisme dan kepercayaan rosak terhadap kekuatan genetik bangsa Aryan, dan penghapusan etnik yang dianggap lebih rendah,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, kenyataan Bung itu memalukan dan sekali gus mengejutkan apabila beliau memberikan penghormatan kepada Hitler.

Ti juga mengingatkan bahawa Piala Dunia bebas bebas daripada unsur politik.

Bung ditimpa kontroversi semalam selepas memuji kemenangan 7-1 Jerman dalam perlawanann separuh akhir Puala Dunia 2014.

Menulis di Twitter, beliau memuji Hitler dan menyamakan usaha pasukan pemenang dengan perjuangan pemimpin Nazi itu.

Tindakan itu memberikannya liputan meluas termasuk media antarabangsa dan mengundang kritikan hebat padanya.

MP: Paksa Bung undur

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mengarahkan Bung maaf atau memaksanya meletakkan jawatan.

“Tweet awal Bung itu sangat menyinggung perasaan dan tingkah lakunya tidak boleh diterima sebagai seorang ahli parlimen.

“Penolakan permohonannya dan kejahilannya membela diri lebih-lebih lagi tidak boleh diterima.

“Banyak ahli politik dalam negara-negara demokratik meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan taksub dan perkauman,” kata anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming ( kiri ).

“Oleh kerana Bung nampaknya tidak akan memohon maaf atau meletakkan jawatan ekoran kenyataannya, saya tuntut PM Najib meminta anggota parlimen Kinabatangan itu meminta maaf secara terbuka...

“Dan minta beliau letak jawatan sebagai anggota jawatankuasa pusat Umno dan MP Kinabatangan, sebagai tanda bahawa beliau seorang PM yang meletakkan nilai kepada reputasi Malaysia, reputasi parlimen Malaysia dan juga reputasi partinya sendiri Umno di peringkat antarabangsa.

[Baca berita penuh]

ADS