Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM kata kenyataannya berhubung 13 Mei diputarbelit
Diterbitkan:  Jul 11, 2014 7:47 AM
Dikemaskini: 11:50 PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  melahirkan rasa kecewa kerana menurutnya terdapat beberapa pihak

memutarbelitkan kenyataannya berhubung tragedi 13 Mei 1969.   

"Beberapa hari lepas saya menyentuh kebimbangan saya tentang kemungkinan tercetusnya pergaduhan kaum kalau kita

tidak jaga dan pelihara keamanan, perpaduan dan hubungan baik antara kaum yang ada ketika ini.

    

"Ada manusia di Malaysia tertentu tak faham cakap saya...diputarbelitkan malah dijadikan kenyataan politik. Peringatan untuk pelihara keamanan dan kesejahteraan itu wajib.

"Bukan hanya tumpu kepada orang Melayu sahaja tetapi masyarakat keseluruhan. Islam dan bukan Islam ada tanggungjawab bersama," katanya dalam satu majlis di Kedah semalam.

    

Menurutnya,  memberi peringatan seperti itu bukanlah satu kesalahan tetapi kalau diputarbelit oleh pihak tertentu untuk tujuan politik akan timbul salah faham dan salah tanggap.

    

- Bernama

ADS