Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Orang Islam dalam NEGARA-KU buat kerosakan'
Diterbitkan:  Jul 11, 2014 6:45 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia menyelar individu beragama Islam dalam NEGARA-KU yang didakwa melakukan kerosakan kerana menyokong gabungan NGO tersebut.

Khalif Muammar A Harris berkata individu berkenaan tidak sedar bahawa mereka menyertai “perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam”.

“Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.

“Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yg dangkal, membenarkan usaha mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

NEGARA-KU, atau NGO Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia ditubuhkan oleh dua orang bekas pengerusi bersama BERSIH, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan peguam kanan Datuk S Ambiga.

Gabungan 60 NGO itu yang dipengerusikan oleh naib presiden IKRAM, Zaid Kamaruddin ditubuhkan untuk membanteras perkauman dan ekstremisme.

[Berita penuh menyusul]

ADS