Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib puji Esscom berjaya selamatkan warga China
Diterbitkan:  Jul 12, 2014 5:54 AM
Dikemaskini: 10:25 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) kerana berjaya menyelamatkan seorang warganegara China yang dijadikan tebusan selama dua bulan di selatan Filipina.

    

"Syabas ESScom! Saya rasa lega kerana kita berjaya membebaskan warganegara China Yang Zai Lin, yang diculik lelaki bersenjata Abu Sayyaf," kata Perdana Menteri dalam laman Twitter beliau malam tadi.

    

Beliau berkata warganegara China itu dibebaskan hasil tindakan pihak berkuasa berpandukan maklumat risikan dan tiada wang tebusan dibayar kepada penculik.

    

Yang, 34, dari Guangzhao, China, diculik lima lelaki bersenjata dari Wonderful Terrace Fish Farm di Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah tempat dia bekerja sebagai pengurus pada pukul 2.45 pagi 6 Mei lepas.

    

Pembebasan beliau diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kelmarin.

    

Khalid bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut tentang operasi menyelamatkan Yang, selain berkata siasatan akan dijalankan mengenai kes penculikan itu.

- Bernama

ADS