Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Pengganti Akta Hasutan ditentukan kabinet
Diterbitkan:  Jul 11, 2014 10:26 PM
Dikemaskini: 11:29 PM

Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    

Sebaliknya kata beliau perkara itu akan ditentukan oleh kabinet.

    

Justeru tegasnya, MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan perkara itu (penghasilan draf undang-undang baru).

    

"Sepatutnya perbincangan dan pendapat dibincangkan secara tertutup dan MKPN bukan badan muktamad, sebaliknya kabinet," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) di bangunan PWTC.

    

Najib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu.

    

Najib yang juga Presiden Umno berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk turut menyatakan pendirian serta menyumbangkan pendapat terhadap usaha penghasilan draf undang-undang itu.

    

Oleh itu, beliau berkata Umno akan mewujudkan satu jawatankuasa kecil di bawah Biro Perlembagaan dan Undang-undang untuk mengkaji dan seterusnya membuat cadangan berhubung draf undang-undang tersebut untuk pertimbangan pihak kerajaan.

 

- Bernama

ADS