Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) hari ini menyatakan bantahan paling keras berhubung pembinaan loji pembakaran jenis itu di Kepong.

Kumpulan anti-insinerator itu Isaiah Jacob berkata, perkara itu hanya akan menjadi kenyataan jika ada pihak yang berani “melangkah mayat mereka” terlebih dahulu.

KTI kecewa dengan dakwaan kurang keterlibatan menteri berkaitan yang permohonan mereka bertemu dengannya dibuat sejak Jun tahun lalu masih belum berbalas.

Isaiah juga menggelar kerajaan sebagai “penipu” ekoran pengisytiharan berbeza berhubung pembinaan insinerator di tempat padat penduduk di utara Kuala Lumpur itu.

“Sehingga dua minggu lalu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal terus memberitahu kami bahawa kerajaan belum memutuskan untuk membina insinerator lagi.

“Tetapi pada Rabu, menteri berkata insinerator itu sudah pasti akan tiba ke sini,” katanya dalam sesi taklimat mereka kepada orang awam di Kuala Lumpur pagi ini.

[Baca berita penuh]

ADS