Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Walaupun mendapat sokongan meluas dari wakil rakyat Pakatan, kumpulan Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) melahirkan kekecewaan kerana MP Kepong Tan Seng Giaw tidak bersama mereka.

KTI ditubuhkan boleh penduduk Kepong yang menentang cadangan pembinaan loji pembakaran sampah di Kepong itu.

Pengerusinya, Isaiah Jacob mendedahkan bahawa Tan; salah seorang MP paling lama berkhidmat di Malaysia hari ini, masih belum membalas pelbagai undangan yang disampaikan KTI.

“Kami dah melakukan bahagian kami, kami dah hantar undangan, kami ada ramai MP dan ADUN menyokong kami, tetapi MP kami sendiri tidak datang bersama kami,” kata beliau hari ini.

Tan kini ( kanan ) dalam penggal ke lapannya sebagai MP Kepong, selepas menang kali pertama pada 1982.

KTI bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila Tan menyertai “lawatan rasmi” yang ditaja kerajaan untuk melawat insinerator di Tokyo, Jepun.

Kumpulan itu hari ini turut menyatakan tidak berminat dengan model insinerator di Tokyo itu dan menyatakan pencemaran udara di Jepun semakin teruk kerana pembakaran bahan plastik.

[Baca berita penuh]

ADS