Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bernama tarik balik pewartanya di Jakarta
Diterbitkan:  Jul 14, 2014 3:23 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menarik balik pewartanya di Jakarta, Indonesia berkuatkuasa serta-merta berkaitan dakwaan akhbar Jakarta Globe mengenai dua artikelnya diciplak dan tersiar dalam www.bernama.com, minggu lalu.

    

Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata seorang pewarta baru akan dihantar ke Jakarta, dijadualkan Ogos ini.

    

Beliau juga berkata berikutan dakwaan itu, dua wakil pengurusan Bernama telah mengadakan pertemuan dengan editor akhbar tersebut di Jakarta minggu lepas.

    

Hasil pertemuan tersebut, akhbar itu menganggap perkara ini telah selesai", kata beliau.

Minggu lepas, Jakarta Globe mendakwa Bernama menciplak dua artikel yang disiarkannya berhubung debat calon presiden Indonesia menjelang hari pengundian 9 Julai ini.

Jakarta Globe mendakwa, Bernama menciplak “perkataan demi perkataan” dalam artikelnya berjudul “In Closing Debate, Joko Promises Bureaucratic ‘Breakthrough,’ While Prabowo Strives for ‘A Dignified Nation.’”

    

- Bernama

ADS