Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker terima usul bincang serangan hendap
Diterbitkan:  Jul 14, 2014 3:44 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said bersetuju menerima usul insiden serangan hendap dan culik di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibincangkan Rabu ini.

    

Salleh berkata usul yang dikemukakan ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail itu akan dibahaskan pada hari terakhir Persidangan DUN Sabah.

    

Menurut Salleh, usul berkenaan dikemukakan Abdul Rahim mengikut Peraturan Tetap 23(1) dan (2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

    

Dalam kejadian pada jam 11.10 malam, 12 Julai lalu, sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat menyerang hendap anggota Pasukan Polis Marin di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.

    

Serangan itu mengakibatkan Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakan sekerjanya, Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik penceroboh berkenaan.

    

- Bernama

ADS