Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sekurang-kurangnya Vincent Tan bersyukur'
Diterbitkan:  Jul 14, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: Jul 15, 2014 4:06 AM

Ibarat pukul anak sindir menantu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengkritik taikun perniagaan Tan Sri Francis Yeoh dengan memuji jutawan lain.

“Sekurang-kurangnya (Tan Sri) Vincent Tan berterima kasih terhadap Malaysia yang memberi banyak faedah kepadanya.

"Beliau tidak buat apa yang taikun lain buat baru-baru ini. Cheers !" tulisnya di Twitter.

Walaupun tidak menyebut nama, Rahman dipercayai merujuk kepada Yeoh berhubung kenyataan berkaitan “kapitalisme kroni” di sebuah forum di mana beliau cuba menghapuskan tanggapan mendapat faedah daripada naungan berkas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kemudian mendakwa kenyataannya disalah tafsir.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Yeoh diminta mengulas salah tanggapan mengenai amalan kapitalisme kroni di Malaysia yang diajukan secara berterusan oleh peserta.

"Ketika ditanya sama ada saya adalah 'kroni' Tun Dr Mahathir yang telah menganugerahkan YTL dengan konsesi penjana tenaga bebas (IPP), saya menyatakan bahawa saya bukan kroni beliau.

"Semua perkara yang kami lakukan adalah dengan memperkenalkan idea inovatif untuk berjaya, syarikat kami merupakan pelopor dalam mengubah cara pembiayaan projek menggunakan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ini," beliau dipetik sebagai berkata.

Oleh itu, tegasnya laporan portal berita bahasa Inggeris bertajuk “Crony Capitalism in Malaysia has to go, son of YTL founder says” diberi gambaran salah secara keseluruhannya kerana secara automatik menunjukkan Malaysia mengamalkan kapitalisme kroni.

[Baca berita penuh]

ADS