Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Banyak lagi sisi lain yang boleh dilihat daripada seorang wanita daripada sama ada dia “awek cun” atau tidak, kata seorang lagi pendatang baru DAP Syerleena Rashid.

Syerleena, 34, kini bergiat sebagai setiausaha Pemuda Sosialis DAP Bukit Bendera dan pengarah pendidikan wanita bahagian melihat penggunaan istilah itu sebagai “mengganggu”.

“Istilah itu mengalihkan perhatian pembaca daripada melibat sumbangan sebenar wanita kepada parti dan masyarakat,” katanya ketika diwanwacara Malaysiakini .

Syerlena antara rekrut baru wanita Melayu yang menyertai parti itu selepas calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud, 27, dan aktivis Young Syefura Othman ( atas ), 25, yang terkait dengan kontroversi “awek cun”.

Roketkini semalam memohon maaf kerana menggunakan perkataan “awek cun” bagi menggambarkan Syefura, jelitawan Melayu bertudung dalam wawancara terbarunya.

Laman web berbahasa Melayu DAP itu sebelum itu menggunakan ayat: “Populasi wanita muda di Parti Tindakan Demokratik (DAP) nampaknya kian meningkat”.

[Baca berita penuh]

ADS