Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua syarikat China dan sebuah firma tempatan terbabit dalam perebutan hak paten berikut pemasangan dua alat pengimbas trak kargo untuk Jabatan Kastam Diraja di Bukit Chagar, Johor.

Syarikat China, Nuctech Company Ltd, yang sebelum ini telah menyediakan alat pengimbas untuk jabatan itu, memfailkan saman terhadap syarikat tempatan, Pan Asiatic Technologies Sdn Bhd (PAT), dan sebuah syarikat saingan dari China yang terdiri daripada bekas pekerjanya atas dakwaan melanggar paten.

Ia mendakwa bahawa kemudahan di Bukit Chagar itu telah menggunakan teknologi yang dipatenkannaya untuk alat pengimbas trak kargo di situ.

Selain menamakan PAT dan pengarahnya, termasuk bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika beliau menjadi TPM, Datuk Seri Alies Anor Abdul, ia juga menamakan pihak ketiga, Powerscan Company Ltd sebagai defendan dalam saman yang difailkan November lepas.

Powerscan didakwa telah menyediakan alat mengimbas di Bukit Chagar.

Sebaliknya, Powerscan telah memfailkan tuntutan balas terhadap Nuctech dan rakan kongsinya, Tsinghua University untuk mengenepikan tuntutan hak paten oleh Nuctech, dengan alasan teknologi yang disediakannya adalah milik mereka sendiri yang telah difailkan di Malaysia dan telah dinamakan.

PAT memeterai perjanjian dengan kerajaan Malaysia pada 30 April tahun lepas untuk menyediakan empat alat pengimbas, di mana Nuctech mendakwa teknologi yang disediakan oleh Powerscan adalah sama atau serupa dengan sistemnya.

Nuctech mendakwa ia telah memohon sistem itu dipatenkan pada tahun 2006 dan telah diberikan hak paten pada 14 Januari 2011. Syarikat itu juga memfailkan saman yang sama terhadap Powerscan dan syarikat sekutunya, Beijing Energy Detection Inc.

Nuctech memohon satu perintah bahawa defendan telah menyediakan sistem tersebut kepada Jabatan Kastam, inkuiri tentang kerugian yang dilami, serta gantirugi teruk dan teladan.

PAT, dalam pernyataan pembelaannya pula mendakwa ia telah memohon satu sistem pengimbasan alternatif selepas sistem Nuctech, yang telah dipasang di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 2010, kerap rosak.

Hasilnya, ia telah berjumpa dengan Powerscan pada tahun yang sama sebagai alternatif untuk membekalkan peralatan di Johor.

Syarikat Bumiputera tempatan, yang mana pengarahnya ialah Datuk Abdul Karim Mohd Hanapiah dan Goh Chu Leong, juga dinamakan sebagai defendan, kerana ketika itu mengupah Powerscan untuk membekalkan peralatan baru yang dikehendaki oleh Jabatan Kastam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS