Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang anggota polis memberi keterangan di Mahkamah Koroner hari ini bahawa dia tidak tahu apakah serbuk kuning yang terdapat pada wajah si mati dalam tahanan, C Sugumar, atau siapakah yang menyapunya atau apa sebabnya.

Saksi tersebut, Muhamad Sabqi Md Saleh, berkata dia pertama kali melihat serbuk kuning di muka si mati apabila rakannya, Khalid Nordin memusingkan badan Sugumar untuk melakukan bantuan pernafasan kardio-pulmonari (CPR).

Pada masa itu, katanya, Sugumar sudah lemah dan terbaring di atas tanah dengan perut ke bawah dan mukanya berpusing ke kiri.

Pengawal keselamatan itu masih bergelut mengelak ditangkap tetapi dipegang oleh anggota polis Ahmad Lotfi Abd Rahim dan kira-kira lapan orang awam, katanya.

Kejadian itu berlaku pada 23 Januari 2013, dan berakhir dengan Sugumar mati dan masih di gari di tempat dia ditahan.

Serbuk kuning, yang dilaporkan sebagai kunyit, digunakan oleh

seorang anggota polis yang digambarkan sebagai 'pendek, botak dan berperut gendut', demikian menurut saksi T Panirselvam (kiri), yang bercakap kepada media tidak lama selepas kejadian itu. Bagaimanapun, sebabnya masih tidak diketahui.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa Sugumar telah dipukul oleh polis dan orang ramai.

Muhamad Sabqi memberitahu koroner hari ini bahawa Ahmad Lotfi - yang juga pegawai penjaga (OCS) balai polis di Batu 14, Hulu Langat - tiba lebih awal dengan menunggang motosikal selepas menerima panggilannya untuk memberi bantuan dan kemudian mengejar Sugumar.

Apabila sampai kepada Ahmad Lotfi, katanya, dia diarahkan supaya menggari Sugumar. Selepas berbuat demikian, Ahmad Lotfi memberi kepadanya satu lagi gari dan kemudian menyuruhnya memasangkan gari itu, dan dia melakukannya.

"Ia kerana suspek agresif," katanya kepada Koroner Rozi Bainon apabila peguam Eric Paulsen bertanya kepadanya mengapa Sugumar dipasang dengan dua gari.

Beliau Berkata ia bukan prosedur biasa untuk menggari seseorang itu dua kali pada masa yang sama.

Selepas disoal berkali-kali oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi, Muhamad Sabqi berkata dia tidak nampak sesiapa pun memukul Sugumar.

Sebaliknya, dia nampak Sugumar dipegang pada tangannya dan bahunya. Orang ramai juga menarik tangan Sugumar untuk membantu dia digari.

Menjawab soalan Eric semasa pemeriksaan balas, Muhamad Sabqi bagaimanapun berkata dia tidak nampak apa yang berlaku kepada Sugummar sebelum dia sampai di situ.

Dia tidak nampak suspek semasa ditahan kerana dia baru sahaja keluar dari keretanya dan pandangannya dihalang oleh orang ramai, jelas anggota polis berusia 26 tahun iu, apabila Noor Husnita bertanya sebabnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS