Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS mengambil berat terhadap segelintir anggota partinya yang tergoda dengan Umno hasil politik kaum oleh BN.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS bimbang dengan perkembangan itu ekoran peningkatan undi Melayu pada pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.

"Kita mesti berusaha untuk memecahkan usaha ini. Kami bimbang ada di kalangan ahli kami dan penyokong yang terpengaruh dengan sikap rasis Umno khususnya bila mereka sentiasa memainkan isu Melayu," katanya kepada Malaysiakini .

Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu menasihatkan rakan sekutu khususnya DAP supaya tidak terperangkap atau terheret dengan permainan rasis Umno.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata DAP tidak boleh membenarkan parti itu dituduh mempertahankan kaum Cina sahaja yang didakwanya salah satu "sikap rasis terancang" oleh Umno.

Beliau mengemukakan contoh beberapa kes usaha terancang itu seperti sebarang percubaan mengganggu tanah rizab Melayu di pulau mutiara itu yang boleh mencetus kemarahan memandangkan ketua menteri adalah Cina dari DAP.

Menurut Mohamad, keadaan itu lebih teruk berlaku di Johor dan banyak kawasan yang didiami orang Melayu yang miskin tetapi tidak menjadi isu kerana menteri besarnya Melayu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS