Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow nafi MAS ambil laluan berisiko untuk berjimat

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menafikan bahawa Malaysia Airlines mahu menjimatkan bahan api dengan Penerbangan MH17 mengambil laluan di ruang udara di tenggara Ukraine.

Sambil menegaskan ia tidak benar, Liow berkata MAS telah bertahun-tahun menggunakan laluan yang sama, begitu juga dengan banyak negara lain.

Bercakap dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama Hotel di Sepang, Liow berkata 15 daripada 16 negara anggota Persatuan Penerbangan Asia Pasifik juga menggunakan laluan itu.

Malah, katanya, dalam tempoh berkenaan, banyak pesawat lain menggunakan laluan yang sama.

Liow ditanya mengenai satu laporan Daily Telegraph yang memetik pakar sebagai berkata banyak pesawat masih terus menggunakan laluan itu meskipun berrisiko kerana ia lebih cepat dan menjimatkan.

Liow dihujani pertanyaan sama ada ia satu kesilapan untuk menggunakan laluan itu walaupun ia diisytihar selamat.

Beliau menegaskan bahawa laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan MAS tidak pernah menerima sebarang notis supaya jangan menggunakan laluan itu.

Beliau berkata hanya selepas kejadian itu baru ICAO mengisytiharkan laluan itu ditutup.

Selepas kejadian itu, katanya, ICAO telah mencadangkan laluan lain dan ia menutup laluan sekarang.

Tambahnya, penerbangan MH17 menggunakan laluan yang betul dan tidak melencong daripadanya.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata pihak berkuasa Malaysia masih belum mengesahkan laporan bahawa kotak hitam pesawat itu telah diambil oleh puak pemisah yang disokong Rusia di Ukraine dan dihantar ke Moscow.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS