Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Amerika Syarikat bersedia membantu Malaysia dalam siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine, kata Dutanya di Malaysia Joseph Y Yun.

    

Yun yang turut merakamkan takziah kepada keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat malang itu, bagi pihak warga kerja Kedutaan AS di ibu negara, berkata:

"AS merupakan rakan baik Malaysia dan sentiasa bersedia membantu dalam siasatan nahas itu".

    

Sambil menyatakan beliau amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita tentang tragedi menimpa MH17, katanya beliau sendiri tidak dapat membayangkan kesedihan dirasai anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang.

    

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

    

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

    

MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

    

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS