Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran angin kencang taufan Matmo di Sandakan

Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan hari ini berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 1,487 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada pukul 5 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang berkata taufan itu dikesan pada Latitud 12.1 U dan Longitud 130.0 T dan bergerak ke arah Barat Laut dengan perlahan.

Ekoran daripada itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang kini berlaku di kawasan perairan Palawan, Reef North, Condore, Kudat dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis.

Sementara itu, kawasan perairan Perlis dan Kedah juga dijangka mengalami keadaan yang sama manakala di kawasan perairan Phuket, angin kencang dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS