Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSM gesa Kelantan keluar dari JK petroleum
Diterbitkan:  Jul 20, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan mendesak Kelantan keluar daripada jawatankuasa khas mengkaji tuntutan royalti petroleum negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan pembentukannya oleh perdana menteri dua tahun lalu.

Ketua perwakilan negerinya Khairul Nizam Abd Ghani mendakwa, hampir dua tahun, penyertaan Kelantan pimpinan PAS itu didapati menyebabkan konflik terhadap gerakan tuntutan dengan cara lain.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Ogos 2012 itu juga, dakwa Khairul Nizam lagi, melanggar janjinya untuk membuat keputusan dalam masa enam bulan dan wakilnya didakwa tidak cukup kelayakan.

“PSM dengan ini, sempena dua tahun usia pengumuman jawatankuasa khas tersebut, mendesak kerajaan negeri keluar daripada jawatankuasa khas yang diumumkan pada 4 Ogos 2012 yang lalu.

“PSM Kelantan tidak mahu maruah seluruh anak Kelantan dibekukan dalam satu mekanisme yang tidak pasti,” katanya sambil menyifatkan badan itu sebagai jawatankuasa khas yang 'beku'.

Lihat Komen
ADS