Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pasangan warga emas ditemui mati tergantung di bilik berasingan di rumah mereka di Flat Rasah Jaya dekat Seremban malam tadi.

Jurucakap polis berkata pihak polis mendapat panggilan daripada jiran pasangan itu pada pukul 9.30 malam yang memaklumkan terhidu bau busuk dari kediaman warga emas tersebut.

"Warga emas itu ditemui tergantung di dalam bilik hadapan dan di bilik bahagian dapur.

"Difahamkan kali terakhir warga emas tersebut dilihat pada Khamis lepas oleh jiran-jiran," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

Katanya polis masih menyiasat punca kematian warga emas berkenaan.

Mayat kedua-dua warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS