Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada perintah mahkamah polis dapatkan anak Indira'

Mahkamah Tinggi Syariah tidak mengeluarkan sebarang perintah kepada pihak polis untuk mengambil anak-anak K Pathmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah yang terlibat dalam kes perebutan hak penjagaan anak dengan bekas isterinya, M Indira Gandhi, demikian Mahkamah Tinggi Ipoh diberitahu.

Perkara itu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Lee Swee Seng petang semalam oleh peguam Indira, M

Kulasegaran (kiri), selepas Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan memohon untuk penangguhan pendengaran permohonan Indira untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri  Khalid Abu Bakar untuk melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan kepadanya.

Shamsulbol memohon penangguhan itu berikutan permohonan Pejabat Peguam Peguam (AGC) untuk menjadi pencelah dalam kes Indira dan satu lagi kes hak penjagaan anak di Seremban yang membabitkan S Deepa dan bekas suaminya N Viran @ Izwan Abdullah, yang akan didengar bersama pada hari Khamis.

Oleh kerana kes Deepa itu akan didengar pada hari Khamis, maka AGC memohon penangguhan itu, kata Kulasegaran sambil menambah pihaknya membantahnya kerana persekitaran kes Indra berbeza dengan kes Deepa.

"Kami memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengeluarkan dua perintah, satu memberi hak penjagaan semua anak Indira kepada ibunya dan waran tangkap terhadap Ridhuan dan perintah lain untuk pihak polis dan IGP mencari di mana beradanya Prasana Diksa (juga dikenali sebagai Ummu Habibah) dan mengembalikannya kepada Indira," kata Kulasegaran.

Beliau berkata kes Indira berbeza daripada kes Deepa (kiri), di

mana Izwan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Syariah Seremban yang bukan sahaja memberi hak penjagaan anak-anak kepadanya, tetapi juga untuk polis membantu mendapatkan semula anak-anaknya.

Selepas menjelaskan perkara itu kepada mahkamah, Kulasegaran berkata, Shamsulbol memahami perbezaan tersebut dan akan mendapatkan arahan selanjutnya.

Walaupun begitu, Kulasegaran berkata, Mahkamah Tinggi Ipoh mungkin memutuskan pada hari Jumaat sama ada untuk memberikan kebenaran untuk mendengar permohonan bagi memaksa ketua polis negara dan pihak polis melaksanakan perintah yang dikeluarkan kepada mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS