Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MH17 Kedutaan Rusia di Malaysia enggan mendedahkan sama ada Moscow membantu mencapai perjanjian antara Putrajaya dan puak pemisah di Ukraine.

Duta Rusia, Lyudmila G Vorobyeva ditanya mengenai perjanjian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Alexander Borodai.

"Ia memang hak (Malaysia) untuk menghubungi sesiapa sahaja yang

boleh membantu untuk menyelesaikan situasi dan hubungan ini terbukti membina dan berhasil.

"Hasilnya ialah keputusan pemberontak untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di kedutaan Rusia di Kuala Lumpur pagi ini.

Ditanya apa peranan Rusia dalam perjanjian itu, Vorobyeva, selepas berhenti sejenak, menjawab: "Tiada komen".

Najib mengumumkan selepas tengah malam tadi bahawa beliau berhubungan dengan bBarodai dan mencapai perjanjian dengan puak pemisah untuk menyerahkan kotak hitam MH17 yang ditembak jatuh serta mayat penumpangnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS