Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kotak hitam takkan beritahu anda ia peluru berpandu'
Diterbitkan:  Jul 22, 2014 12:29 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

MH17 Bekas penyiasat keselamatan penerbangan David Gleave berkata imej bangkai MH17 kelihatan menunjukkan bahawa pesawat itu memang terkena peluru berpandu, tetapi kotak hitamnya tidak akan dapat memberi maklumat lanjut mengenainya.

The Guardian memetik beliau sebagai berkata imej bangkai pesawat itu menunjukkan berlaku letupan dari luar, dan juga kerosakan serpihan pada fiuslaj pesawat.

Bagaimanapun, katanya, untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenainya memerlukan pemeriksaan bangkai itu sendiri dan mayat mangsa untuk mencari kesan kimia dengan harapan ia dapat menentukan pengeluar peluru berpandu itu, yang katanya masih boleh dilakukan walaupun penyiasat tidak mempunyai akses segera ke lokasi nahas.

"Saya tidak yakin (pencemaran lokasi nahas) seburuk yang orang kata," katanya sambil menambah, jika ia peluru berpandu, maka semua barang konvensional yang diperlukan untuk mengumpul, hanya akan menjadi sia-sia.

"Kotak hitam tidak akan memberitahu anda yang ia adalah peluru berpandu, "katanya.

Sementara itu, laporan enyatakan keretapi yang membawa 282 mayat dan 87 "serpihan mayat yang lain" telah meninggalkan bandar Torez yang dikuasai pemisah, menuju ke arah bandar Kharkiv yang dikawal kerajaan Ukraine pada jam 7 malam (tengah malam hari ini di Malaysia).

Mayat tersebut akan diterbangkan ke Belanda sebelum dikenalpasti mengikut kewarganegaraan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS