Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nombor pertanyaan am MH17 tidak lagi diaktifkan
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 8:58 AM
Dikemaskini: 4:40 AM

Nombor pertanyaan am bagi insiden penerbangan MH17 di talian +60378841234 tidak lagi diaktifkan berkuatkuasa Rabu, 23 Julai, pada 12 tengah malam.

    

Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan berkata keluarga penumpang dan krew MH17 masih boleh menghubungi hotline Pusat Bantuan Keluarga syarikat penerbangan di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

    

Untuk pertanyaan media, mereka boleh menghubungi +603 8777 5698/ +603 8787 1276 dan bagi maklumat terkini, boleh melayari lamanweb di www.malaysiaairlines.com.

    

"Doa dan ingatan kami adalah bersama penumpang dan rakan-rakan dalam pesawat MH17 serta keluarga mereka dan orang tersayang," menurut kenyataan itu.

    

Pesawat MH17 MAS sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di Donetsk, di bahagian timur Ukraine, dekat sempadan Rusia pada malam Khamis.

   

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 krew.

- Bernama

Lihat Komen
ADS