Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tatkala seluruh dunia mencari kebenaran di sebalik punca terhempasnya penerbangan MH17, rakyat Malaysia di New York turut berkongsi kesedihan keluarga 298 mangsa nahas tersebut.

Kira-kira 60 orang, kebanyakannya pelajar Malaysia bersama penduduk bandar raya itu, Singapura, Maghribi dan Indonesia berhimpun Washington Square Park pada jam 9 malam dengan membawa bunga dan lilin sebagai tanda ingatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat malang itu.

"Susah nak terima (apa yang berlaku pada MH17). Jadi saya buat keputusan yang seseorang mesti berbuat sesuatu untuk menghimpunkan rakyat Malaysia (di New York) untuk tunjukkan sokongan," kata Ray Tan pengurus kewangan yang menganjurkan himpunan itu malam tadi.

Penganjur turut membacakan petikan surat dari Khing Jow Ng, sepupu Qing Zhen Ng, jurutera yang menaiki penerbangan  itu.

"Semua harapan musnah bila ibu saudara saya menelefon untuk menyampaikan berita itu... Saya teringat pak cik dan  mak cik saya, bagaimana mereka nak terima berita kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka?.

"Saya teringat seorang isteri muda yang kehilangan suami, (dan) budak semuda empat tahun kehilangan ayah," kata beliau memetik surat itu.

Khing Jow sendiri tidak dapat menghadiri himpunan nyalaan lilin itu dan memohon maaf kerana "lukanya masih terlalu pedih untuk saya dan keluarga saya"

Foto-foto penumpang penerbangan tersebut turut dipamerkan dan sebuah kotak kadbod di letakkan untuk sesiapa yang mahu menyematkan mesej mereka.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS