Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia rayu penembak dibenar tanding semula
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 3:15 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Kerajaan Malaysia merayu kepada penganjur Sukan Komanwel supaya penembak Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dibenarkan menyertai semula acara itu setelah menarik diri selepas jaket pertandingannya hilang ketika dalam perjalanan ke Scotland.

Ayuni, yang memenangi pingat emas Sukan Komanwel dengan

berpasangan dengan Nur Suryani Taibi dalam acara 10 meter 'air rifle' di New Delhi empat tahun lalu, terpaksa menarik diri selepas bagasinya hilang dan gagal ditemui sehingga tarikh pendaftaran pada hari Isnin.

Pengurus pasukan Malaysia Musa Omar berkata jaket yang dipinjam tidak padan, manakala Ayuni berkata jaket baru akan mengambil masa dua bulan untuk membiasakan diri, jadi beliau terpaksa mendaftar Muslifah Zulkifli dalam acara 10m 'air rifle' dan Suryani di bagi acara 50m prone.

Bagaimanapun, masih harapan bagi Ayuni yang masih berada di Glasgow, untuk menyertai acara menembak yang bermula pada hari Khamis.

"Kami akan merayu bagi pihaknya jika kita boleh mencari jaket itu," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akhbar The Star Malaysia di Glasgow.

"Jika tidak, maka ia akan pasti menjejaskan prospek kami untuk memenangi pingat emas dalam acara menembak.

"Malang sekali jaket itu tidak tiba dari London walaupun Ayuni dan pasukan menembak kebangsaan mendarat di Glasgow pada 17 Julai," katanya.

Sukan Komanwel bermula di kemudian hari Rabu dengan majlis perasmian di Celtic Park.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS