Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu MB: DAP & PAS putus dalam masa terdekat
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 3:23 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

PKR hari ini mengemukakan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat cadangannya untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dan mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk jawatan tersebut.

“Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

“DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR,” menurut kenyataan bersama tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sementara itu, Harakadaily melaporkan Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Hari raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 28 Julai ini.

Lihat Komen
ADS