Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bas rentung, 39 penumpang terselamat
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 4:58 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Seramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari ini.

    

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.

    

"Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang agar turun daripada kenderaan berkenaan.

    

"Hasil tindakan pantas itu kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama di Kuantan hari ini.

    

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS