Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM sibuk tak sempat cakap dengan isteri
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 9:00 PM
Dikemaskini: 2:06 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sempat bercakap dengan isterinya Rosmah Mansor untuk tiga hari selepas nahas melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis lalu.

Ini kerana beliau sibuk menguruskan krisis yang berlaku empat bulan selepas kehilangan MH370 tanpa jejak, lapor Sin Chew Daily.

Harian berbahasa Cina itu juga melaporkan, Rosmah mendedahkan perkara itu dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir dalam majlis itu, menteri pertahanan yang juga sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Beliau malah lalu tanpa bercakap dengan saya,” katanya, sambil bergurau perkahwinannya tiada masalah.

Rosmah juga berkata, beliau gembira kerana suaminya amat fokus dalam tugasnya menguruskan tragedi itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS