Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bunga tanda takziah dalam pejabat Borodai
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 9:22 PM
Dikemaskini: 1:24 PM

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17.

Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama.

Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.

"Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.

Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

Lihat Komen
ADS