Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada tebusan dibayar pada pemisah Ukraine
Diterbitkan:  Jul 23, 2014 9:25 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan, lapor Bernama.

"Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kiev hari ini.

Beliau juga dilaporkan berkata kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.

Pesawat MAS itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Ia dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mengenainya.

Lihat Komen
ADS