Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO pertahan dakwaan 'Islam terancam'
Diterbitkan:  Jul 24, 2014 11:56 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Exco hal ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim diselar NGO Melayu kerana mengkritik kenyataan bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad yang menggambarkan Islam sedang terancam di negeri itu.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak membangkitkan kenapa Malik 'terlompat' ekoran kenyataan Abdul Hamid, seorang anak negeri itu?

“Abdul Hamid ( gambar sebelah, kanan sekali ) bukan tin kosong... Beliau cuba bercakap perkara yang benar untuk bangsa dan beliau melakukannya menurut kerangka undang-undang,” kata Rahmad kepada Malaysiakini .

Malik semalam menyifatkan pandangan Abdul Hakim "karut sama sekali, tidak berasas dan banyak bergantung kepada khabar angin".

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam pada Isnin, Hamid membangkitkan soal kesukaran mendapatkan peruntukan aktiviti agama di Pulau Pinang ekoran tuntutan sama pemimpin agama lain.

Hamid mengingatkan jika tidak dibendung, perkara seperti itu akan merebak ke seluruh Malaysia dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS