Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Anwar 'peribadikan' Selangor melalui isterinya
Diterbitkan:  Jul 24, 2014 12:25 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Wanita MCA menyifatkan keputusan PKR untuk menukar menteri besar Selangor kepada presidennya Datuk Seri Wan Aziah Ismail menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar kedudukan itu sebagai 'aset peribadinya'.

Ketua wanita MCA negeri Ong Chong Swen ( bawah ) berkata “Langkah Kajang” sebenarnya hanya cubaan Anwar, penasihat PKR, untuk mendapat kuasa dan kepentingan peribadi.

Naib pengerusi kebangsaan Wanita MCA itu juga berkata, langkah mewujudkan pilihan raya kecil di Kajang sebelum ini bertujuan memanjangkan karier politik Anwar.

“Bagaimanapun, apabila Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar dan menghukumnya lima tahun penjara untuk Liwat II, dia hilang kelayakan bertanding kerusi Kajang.

“Jadi, untuk memastikan dia boleh mengawal Selangor, Anwar pun mengisytiharkan isterinya (Azizah)... akan mengambil alih sebagai menteri besar baru,” kata Ong dalam kenyataan semalam.

Katanya, pengumuman untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR juga bertentangan dengan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa semua parti bergabung adalah setara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS