Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permintaan pertama untuk Jokowi: Bersihkan udara
Diterbitkan:  Jul 24, 2014 2:31 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Penobatan Joko “Jokowi” Widodo sebagai presiden baru Indonesia mengundang pelbagai harapan.

Bagi DAP, permintaan pertamanya, supaya presiden ketujuh republik itu menyelesaikan masalah jerebu saban tahun yang melanda rantau ini, termasuk Malaysia.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Jokowi patut menghentikan pembakaran haram hutan di Sumatera dan Kalimantan yang mengundang masalah itu.

“DAP menyuarakan hasrat 28 juta rakyat Malaysia yang mencintai alam sekitar seperti Jokowi yang akhirnya dapat memecahkan kebuntuan dan menamatkan pencemaran tahunan yang mengganggu kita sehingga kini,” katanya.

Jokowi dan regunya Jusuf Kalla 'JK' diumumkan memenangi pilihan raya presiden Indonesia 2014 dengan majoriti tipis 53.15 peratus (70,990,832 undi) menewaskan regu Prabowo Subianto-Hatta Rajasa (46.85 peratus atau 62,576,444 undi).

Jokowi, bekas gabenor popular Solo dan Jakarta itu bersama JK akan bertugas secara rasmi pada 24 Oktober untuk selama lima tahun.

Dalam kenyataan hari ini, Lim menyifatkan pilihan raya Indonesia sebagai kemenangan untuk prinsip demokrasi pemerintahan majoriti, menentang rasuah dan membersihkan politik daripada taktik kotor.

“Malaysia harus belajar bagaimana untuk menjalankan proses pilihan raya secara adil dan teratus, yang menghormati prinsip satu orang satu undi,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS