Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Satu penerbangan Air Algerie yang dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers disahkan terhempas hari ini.

Laporan Reuters memetik kenyataan pihak berkuasa Algeria menyebut, pesawat membawa 110 orang penumpang itu disahkan terhempas.

"Saya boleh sahkan ia terhempas," kata pihak berkuasa itu.

Terdahulu agensi itu yang memetik laporan agensi tempatan APS menyebut pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat AH 5017 selepas ia berlepas dari Burkina Faso.

Syarikat penerbangan persendirian Sepanyol, Swiftair mengesahkan ia terputus hubungan dengan pesawat MD-83 yang dikendalikan Air Algerie, yang menurutnya membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

Syarikat tersebut dalam satu notis di laman webnya menyebut, pesawat tersebut berlepas dari Burkina Faso pada jam 0117 GMT (9.17pagi waktu Malaysia) dan sepatutnya mendarat di Algiers pada jam 0510 GMT (1.10petang waktu Malaysia) tetapi tidak kunjung tiba.

Seorang pegawai penerbangan Algeria berkata komunikasi terakhir antara pihaknya dengan pesawat Air Algerie membawa 116 orang dari Burkina Faso ke Algiers itu adalah pada jam 0155 GMT (9.55pagi waktu Malaysia) ketika ia terbang merentasi Gao, Mali.

Pihak berkuasa penerbangan di Burkina berkata mereka menyerahkan kawalan penerbangan itu kepada menara kawalan di Niamey, Niger, pada jam 1.38 pagi (9.38 pagi waktu Malaysia). Menurut mereka, komunikasi terakhir dengan pesawat itu sejurus selepas 4:30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia).

Pihak berkuasa Burkinabe menubuhkan unit krisis di lapangan terbang Ouagadougou untuk menyediakan maklumat kepada keluarga penumpang tersebut.

Seorang diplomat di Bamako, Mali berkata kawasan utara negara itu – dalam kawasan yang mungkin dilaluui pesawat tersebut – dilanda ribut pasir pada malam sebelumnya.

Issa Saly Maiga, ketua Agensi Penerbangan Awam Mali berkata pencarian sedang dijalankan untuk mengesan pesawat tersebut.

"Kita tidak tahu jika pesawat itu berada dalam wilayah Malu,” katanya kepada Reuters. “Pihak berkuasa penerbangan dikerahkan ke semua negara terlibat – Burkina Faso, Mali, Niger, Algeria dan juga Sepanyol."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS