Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di Mali
Diterbitkan:  Jul 25, 2014 10:55 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Pihak berkuasa berkata pada hari Khamis mereka menjumpai bangkai pesawat Air Algerie selepas terhempas di utara Mali, sewaktu perjalanan dari Burkina Faso ke Algeria.

Pesawat tersebut membawa 116 penumpang dan anak kapal yang mana hampir separuh daripada mereka adalah warga Perancis, lapor Reuters .

Laporan itu menyebut, pegawai penerbangan serantau berkata mereka terputus hubungan dengan pesawat AH5017 penerbangan kira-kira jam 0155 GMT pada Khamis, kurang sejam selepas berlepas, ekoran permintaan juruterbang untuk menukar laluan kerana cuaca buruk.

Agensi itu juga melaporkan, dua jet pejuang Perancis Mirage dan helikopter Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengambil masa yang lama menjejaki bangkai pesawat McDonnell Douglas MD-83 itu jauh di utara Mali, kawasan yang bertaburan pejuang militan Islam dan pemisah Tuareg.

Stesen televisyen Mali melaporkan bangkai pesawat itu ditemui antara bandar Gossi dan sempadan Burkina Faso.

Ia juga melaporkan Presiden Ibrahima Boubacar Keita akan melawat tapak kemalangan itu hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS