Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Udara tak sihat di 3 kawasan
Diterbitkan:  Jul 27, 2014 11:35 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Pelabuhan Klang, Seri Manjung dan Sibu merupakan tiga kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 9 pagi ini.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Klang ialah 117, Seri Manjung (102) dan Sibu (149).

Bacaan IPU di Shah Alam pula ialah 93, masih dalam kategori sederhana namun menghampiri paras tidak sihat.

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik atau sederhana.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my .

- Bernama

Lihat Komen
ADS