Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: Maaf & terima kasih, Tuan Guru
Diterbitkan:  Jul 27, 2014 12:41 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan terima kasih terhadap sokongan dan “pencerahan” oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyatakan sokongan pada pentadbirannya.

Membahasakan Nik Aziz ( bawah ) dengan “Tuan Guru”, Khalid dalam kenyataannya turut memohon maaf kerana isu pertukaran menteri besar Selangor secara langsung dan tidak langsung memberi kesan di penghujung Ramadan.

Khalid berkata, 10 hari-hari terakhir Ramadan sepatutnya diisi dengan ibadah tetapi kini “terpaksa disulami dengan kemelut politik”.

“Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku,” katanya.

Khalid juga berjanji, sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan pastikan pentadbiran Selangor diurus dengan sebaik-baiknya sebagaimana mandat yang diberikan rakyat sejak 2008.

Beliau juga berjanji akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri memperoleh keberkatan Allah.

Nik Aziz hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Khalid, sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid dalam pilihan raya umum lalu, Nik Aziz berkata beliau tertanya-tanya, salah apakah Khalid hingga ingin digugurkan.

Lihat Komen
ADS