Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISMA dakwa NEGARA-KU promosi liwat
Diterbitkan:  Jul 27, 2014 3:56 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa gabungan baru NEGARA-KU mempromosikan liwat secara terbuka melalui perkongsian kartun di Facebook NGO yang dikaitkan dengannnya.

Laman web NGO Melayu itu melaporkan, Projek Dialog pada Jumaat lalu berkongsi karikatur itu di laman sosial yang menurutnya “jelas mempromosikan jenayah liwat”.

ISMA turut mengaitkan beberapa lagi NGO, antaranya Sisters in Islam (SIS), Islamic Renaissance Front (IRF), dan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) yang menurut mereka terlibat “secara langsung atau tidak langsung”.

Ini kerana, menurut ISMA, NGO itu sebahagian daripada rangkaian Projek Dialog.

Ahli jawatankuasa pusat ISMA Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, terdapat kumpulan tertentu yang mendakwa mempertahankan perlembagaan melalui Negara-Ku, namun pada masa yang sama melawan perlembagaan dan Rukun Negara, melalui Projek Dialog.

“Semua orang tahu liwat adalah jenayah di Malaysia dan boleh dihukum mengikut undang-undang. Oleh itu tindakan mempromosikan jenayah juga merupakan satu kesalahan dan perlu dihukum.

“Mereka kata mereka pertahan perlembagaan, pada masa sama mereka promosi jenayah liwat, apa semua ini?” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi ISMAweb .

Laman itu melaporkan, karikatur yang dikongsi Projek Dialog daripada laman Facebook Kris Wilson mendapat komen negatif oleh pengguna kerana budaya liwat atau gay budaya kotor dan merosakkan masyarakat.

Kartun jenaka enam panel itu antaranya menggambarkan seorang individu terkejut melihat aksi liwat dua lelaki dan menegurnya sebagai dosa.

Bagaimanapun seorang daripada mereka menjawab, ia bukanlah dosa jika seseorang itu tidak beragama.

Lihat Komen
ADS