Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis antarabangsa dapat akses ke tapak nahas
Diterbitkan:  Jul 27, 2014 4:34 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Kerajaan sudah mendapat persetujuan pemisah Ukraine bagi membenarkan polis antarabangsa ditempatkan di tapak nahas MH17 dan memberikan perlindungan untuk pasukan penyiasat.

Pemimpinnya Alexander Borodai menyatakan persetujuannya ekoran perjanjiannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Perdana menteri Najib sudah bercakap dengan perdana menteri Belanda dan Australia, dan tiga negara yang sedang bersedih itu bersetuju bekerjasama secara rapat menempatkan pegawai polis,” menurut kenyataan itu.

Najib pada 22 Julai lalu mengumumkan perjanjian tiga perkara dengan Borodai, iaitu penyerahan kotak hitam MH17 kepada Malaysia, pemulangan mayat mangsa dan jaminan keselamatan kepada penyiasat bebas antarabangsa di tapak nahas.

Lihat Komen
ADS