Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika sukan Olimpik 1968, dua atlit African-American Tommie Smith dan John Carlos menunjukkan aksi protes sewaktu majlis menerima pingat di atas kemenangan mereka.

Protes tersebut dibuat dalam bentuk aksi mengangkat tangan serta menggenggam penumbuk mereka yang dipakai sarung tangan hitam dan mereka mengangkatnya sehingga lagu kebangsaan negara mereka berhenti.

Malah kedua-dua mereka termasuk pemenang pingat perak ketika itu iaitu Peter Norman dari Australia telah memakai lencana hak asasi kemanusiaan yang dilekatkan pada jaket mereka.

Dalam biografinya kemudian, Tommie Smith menerangkan bahawa aksi protes tersebut bukan bermakna “ black power ” tetapi penghormatan yang dikenali sebagai “ human rights salute ”.

Ini adalah sejarah yang dikenali sebagai “ black power salute ” dalam sukan Olimpik yang dianggap sebagai pernyataan politik paling menonjol dalam sejarah moden Sukan Olimpik.

Respon badan utama sukan tersebut iaitu International Olympic Committee sebagaimana dijangka menggantung kedua-dua atlit tersebut dan selanjutnya mereka disingkirkan.

Alasan penyingkiran adalah kerana kedua-dua atlit tersebut telah menyalahi semangat asas sukan Olimpik iaitu dengan mengeluarkan atau menunjukkan aksi pernyataan politik yang boleh mengundang ketegangan dan mengganggu temasya suka berprestij tersebut.

Pada tahun 2008 selepas kedua-dua atlit ini mengharungi pelbagai tribulasi akibat tindakan berani protes mereka tersebut, kedua-dua nya telah menerima anugerah Arthur Ashe Courage Award atas keberanian protes mereka tersebut.

Sarung tangan Gaza

Keberanian ahli-ahli sukan dalam menunjukkan simpati, sokongan dan melaksanakan advokasi kesedaran hak asasi kemanusiaan bukanlah perkara baru dalam sejarah sukan dunia.

Azizulhasni Awang hanya mengulangi sejarah tersebut dengan tema yang lebih kukuh dan di temasya yang lain.

Ketika kecoh Azizulhasni Awang menunjukkan sarung tangannya yang jelas mempamerkan sokongan simpatinya bersama rakyat Gaza.

Ia tidak lain adalah pendirian seorang Muslim yang bertanggungjawab dan seorang ahli sukan yang mengetahui segala impak dan risiko sekiranya dia berbuat demikian termasuk risiko digantung dan disingkirkan dalam acara yang disertainya.

Maka sebab itu Azizulhasni Awang adalah seorang hero dan seluruh rakyat mesti mempertahankan beliau.

Sokongan dan keberanian yang dibuat oleh Azizulhasni Awang datang bersama self conviction yang tinggi terhadap kesedaran advokasi peduli umat, malah dengan implikasi terhadap masa depan kariernya sebagai seorang teraju sukan berbasikal negara yang mencipta rekod dan nama antara atlit terbaik negara.

Sekalipun beliau pulang tanpa pingat, nama, keberanian, kesungguhan serta semangatnya yang luar biasa telah meledakkan namanya di Glasgow.

Rakyat Malaysia mesti terus menyokong beliau atas nama kemanusiaan dan peduli umat.

Sesungguhnya kali ini nama Azizulhasni Awang telah meledak bukan kerana kayuhannya yang padu sebagai The Rocket Pocket Man tetapi menembusi dunia dengan kayuhan yang menggegarkan dunia dengan sarung tangan yang meledakkan inspirasi dokongan buat rakyat Gaza! ‪


FADHLINA SIDDIQ naib presiden (HELWA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Lihat Komen
ADS