Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki warga Indonesia maut diserang rakan senegara
Diterbitkan:  Jul 28, 2014 12:39 AM
Dikemaskini: 4:42 PM

Dua lelaki warga Indonesia maut selepas diserang sekumpulan rakan senegara pada kira-kira 7.30 malam tadi di depan sebuah pasar raya di Georgetown.

    

Muhammad Junaidi, 26, dari Sumatera Utara, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang dikenali sebagai Adin, 20-an, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa dan rakannya yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan diserang tujuh warga Indonesia bersenjatakan parang, karambit serta tukul besi.

    

"Kita juga mendapati ada satu kamera litar tertutup (CCTV) yang merekodkan kejadian ini, jadi kita akan periksa CCTV berkenaan untuk mengecam suspek yang terlibat," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

    

Beliau berkata kumpulan yang diserang dipercayai ke pasar raya itu untuk membeli-belah bagi persiapan Aidilfitri dan motif kejadian sedang disiasat.

    

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran kerana polis kini dalam usaha mengesan suspek terbabit.

    

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS