Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badminton: Selangkah lagi untuk raih emas
Diterbitkan:  Jul 28, 2014 1:00 AM
Dikemaskini: 5:04 PM

Malaysia hanya selangkah sahaja lagi untuk meraih pingat emas apabila mengesahkan tempat ke final acara badminton berpasukan campuran pada temasya Sukan Komanwel ke-20 pada Ahad.

    

Pada saingan separuh akhir di Emirates Arena di Glasgow, Scotland, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Pei Jing Lai menghadiahkan mata kemenangan untuk menewaskan Singapura 3-2.

    

Selepas kedudukan terikat 2-2, Peng Soon dan Jing Lai terpaksa berhempas pulas untuk memburu mata keemasan dengan mengalahkan gandingan Danny Chrisnanta-Vaneesa Neo dalam 'rubber-set' 17-21, 21-12 dan 21-14.

    

Malaysia bakal menentang pemenang perlawanan separuh akhir antara England dan India pada penentuan pingat emas pada pukul 11 malam esok.

    

Skuad negara memulakan cabaran dengan mengutip mata pertama menerusi beregu lelaki negara Tan Wee Kiong dan Goh V Shem yang mengalahkan Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart 21-17, 18-21 dan 21-16.

Bagaimanapun, Singapura menyamakan kedudukan apabila perseorangan wanita Xiayou Liang mengetepikan pemain negara Tee Jing Yi dalam 'straight-set' 21-12 dan 22-20.

    

Malaysia sekali mendahului kedudukan apabila pemain perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng menghidupkan kembali peluang negara dengan mata kedua selepas mengalahkan Derek Wong dengan keputusan 21-9 dan 21-18.

    

Kedudukan skuad negara sekali lagi tergugat apabila Singapura sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi beregu wanita Shinta Mulia Sari-Lei Yao.

    

Beregu Singapura itu tidak menghadapi masalah untuk menundukkan dengan mudah gandingan Woon Khe Wei-Vivian Ho 9-21 dan 18-21.

    

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS