Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LTA: S'pura sesuaikan kadar tol M'sia di tambak
Diterbitkan:  Jul 29, 2014 12:32 AM
Dikemaskini: 4:40 PM

Jika tol baharu dikenakan atau kadar tol dinaikkan oleh Malaysia di Tambak Johor, kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol baharu dan kenaikan kadar tol itu dalam masa terdekat, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA)

    

Ini kerana telah menjadi amalan kerajaan Singapura untuk menetapkan kadar tol Singapura supaya disesuaikan dengan kadar yang ditetapkan oleh Malaysia di Tambak dan Link Kedua, kata jurucakap LTA dalam satu kenyataan semalam.

    

Berhubung pertanyaan media, jurucakap itu menarik perhatian kepada laporan media bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia akan menaikkan kadar tol bagi semua kenderaan, kecuali motosikal bagi perjalanan dari Singapura ke Johor melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2014.

    

Jurucakap itu berkata perubahan kadar tol itu adalah berbeza dengan pengumuman Malaysia sebelumnya untuk melaksanakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor.

    

"Kerajaan Singapura belum menerima apa-apa maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai tol baru atau kenaikan bayaran tol dan telah meminta pengesahan rasmi daripada Kerajaan Malaysia berhubung laporan media itu.

    

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS