Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penipuan soalan periksa jawatan penolong penguasa kastam
Diterbitkan:  Aug 1, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam Gred W27 yang akan diadakan Selasa ini.

    

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel [email protected] yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada pukul 10 pagi semalam.

    

"Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap  soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah 'Rahsia' sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Mahmood berkata segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.

    

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus," katanya.

    

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315

atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my.

- Bernama

Lihat Komen
ADS