Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: PKR jangan ganggu perjanjian air
Diterbitkan:  Aug 1, 2014 5:11 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Satu persatuan pengguna memberi amaran kepada PKR agar tidak membiarkan pergelutan dalaman mengenai kedudukan menteri besar Selangor memberi kesan kepada perjanjian di antara kerajaan Selangor dan persekutuan berhubung bekalan air di negeri itu.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Jacob George berkata pengguna kini sudahpun bimbang jika bekalan air di negeri itu mencukupi.

“Saya kagumi cara (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) menangani dan cuba menyelesaikan isu air melalui wacana yang sangat terbuka dan dinamis dengan pihak berkuasa di Putrajaya dan sepatutnya dibiarkan menyelesaikan tanggungjawabnya,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau bertegas bahawa tugas itu tidak sepatutnya terjejas melalui satu agenda politik ke atas Khalid.

“Apa yang saya cuba katakan, ketepikan politik peribadi anda, ini adalah pentadbiran negeri,” kata George lagi kepada pemberita.

Katanya, beliau akan menganjurkan bantahan di ibu pejabat PKR sekiranya perjanjian berhubung bekalan air itu tidak selesai dalam tempoh sebulan.

Khalid menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan persekutuan pada 26 Febriari lalu, yang memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk meneruskan pengambilalihan syarikat pemegang konsesi air.

Pengambilalihan itu merupakan sebahagian daripada rangka penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu.

Sebagai balasan, kerajaan persekutuan akan mendapat kebenaran untuk meneruskan projek loji rawatan air Langat 2, yang akan membekalkan air mentah dari Pahang.

George berkata, isu utama dalam perjanjian berkenaan sudahpun diselesaikan dan perbincangan kini hanya melibatkan butiran kecil.

Katanya, ia berdasarkan pelbagai mesyuarat yang dihadirinya dengan kerajaan persekutuan, termasuk dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ini bermakna, satu-satunya batu penghalang dalam perjanjian itu adalah perbalahan politik dalam PKR dana Pakatan Rakyat, kata George.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS